fbpx
Hantaran dibuat oleh Nur Syazwani Mizuana pada Instagram mencetuskan persoalan orang ramai.

Apa maksud IG Story isteri Faisal Halim?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Dua hantaran pada Instagram Stories Nur Syazwani Mizuana Shahril iaitu isteri pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim mencetuskan pertanyaan orang ramai.

Hantaran ringkas itu dimuat naik Nur Syazwani Mizuana kira-kira 13 jam lalu dengan pertama ialah ‘perkahwinan bukan satu perjudian’, disusuli perkongsian kedua iaitu ‘wanna play the game? Lets play, patut la layan aku macam sampah’.

Ibu kepada seorang anak itu juga berkongsi hantaran daripada TikTok kira-kira 11 jam lalu bertulis, ‘jangan risau, Allah nampak siapa yang bersungguh menyakiti dan siapa yang diam menahan diri. Dunia boleh tipu mata semua orang, tapi tak boleh tipu balasan tuhan’.

Kemudian, hantaran keempat kira-kira lapan jam lalu yang diambil daripada TikTok bertulis, ‘saya tak doakan yang buruk, tapi percaya setiap perbuatan ada balasan…’

“Awak boleh tipu saya, boleh lukakan saya, boleh buat saya nampak bodoh sebab terlalu percaya, tapi jangan lupa. Tuhan itu Maha Adil, mungkin hari ni awak ketawa tengok saya jatuh, tapi esok lusa bila giliran awak diuji, waktu tu baru awak faham apa yang saya rasa.

“Saya tak nak balas dendam, sebab saya tahu kifarah tu tak pernah salah alamat, cepat atau lambat. Semua orang akan rasa balik apa yang dia bagi,” tulisnya.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang kenyataan dikeluarkan susulan hantaran dibuat oleh Nur Syazwani Mizuana yang mengundang persoalan orang ramai.

Kosmo! pada 12 September lalu melaporkan, Faisal dan Nur Syazwani Mizuana kembali menjadi suami isteri selepas pasangan terbabit mengambil keputusan dengan bersepakat untuk kembali berdamai dan menjalani hidup bersama.

Dengan penyatuan semula sebagai suami isteri, Nur Syazwani Mizuana menarik balik permohonan cerai yang dikemukakan terhadap anak guamnya pada sebutan kes di Mahkamah Syariah Klang 16 Oktober.

Sebelum ini, wanita itu memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah di sini yang mana permohonan cerai itu di bawah Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 iaitu perceraian secara baik.

Untuk info Faisal yang juga dikenali sebagai Mickey berkahwin dengan Nur Syazwani Mizuana pada 9 Mac 2019. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

Sebelum ini Faisal mengalami kecederaan selepas disimbah asid di sebuah pusat membeli-belah di ibu kota, di Kota Damansara pada 5 Mei tahun lalu.

Pada 8 Mei lalu, peguam kepada Faisal Halim mengesahkan kes serangan asid membabitkan pemain itu diklasifikasikan sebagai NFA oleh Pejabat Peguam Negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN