fbpx
Antara warga asing yang ditahan dalam operasi di Taman Pelangi malam tadi.

27 pekerja ‘haram’ ditahan imigresen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR B AHRU – Jabatan Imigresen (JIM) Johor menahan 27 warga asing menerusi Ops Selera di sekitar Taman Pelangi di sini atas pelbagai kesalahan malam tadi.

Pengarah JIM Johor, Datuk Mohd. Rusdi Mohd. Darus berkata, antara kesalahan dikesan adalah tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa dan menyalahgunakan pas lawatan sosial.

Katanya, hasil pemeriksaan, imigresen menahan 19 lelaki dan lapan wanita terdiri daripada warga Bangladesh, Myanmar, Pakistan dan Filipina serta Indonesia.

“Kesemua yang ditahan berusia antara 21 tahun hingga 51 tahun.

“Sseorang pembantu pengurus warganegara Malaysia turut ditahan untuk membantu siasatan di bawah Akta Imigresen 1959/1963,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, imigresen turut mengeluarkan sebanyak tiga borang saman kepada saksi sepanjang pemerikasan dan kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/1963 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI