fbpx
Tangkap layar video memaparkan wanita warga emas berkerusi roda ditemui bersendirian disyaki ditinggalkan di tepi jalan di Pulau Pinang.

[VIDEO] Hantar rumah saya, saya tak ada mak…

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang wanita warga emas yang berkerusi roda ditemui bersendirian disyaki ditinggalkan di tepi jalan selepas menaiki sebuah teksi di Pulau Pinang.

Menerusi sebuah klip video di media sosial, wanita itu dilihat berada di tepi jalan bersama beberapa beg dipercayai miliknya.

Segelintir orang awam kemudian mendekati wanita itu sebelum memanggil anggota polis yang berada di kawasan berhampiran.
Menurut seorang pemuda, wanita warga emas berkenaan dikatakan enggan pulang ke rumah, namun tidak dinyatakan alasannya.

Bagaimanapun, lokasi tepat dan waktu sebenar kejadian tidak dapat dipastikan.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata meninggalkan pelbagai reaksi berhubung situasi terbabit.

“Suatu hari nanti anak kau akan buat (benda) yang sama macam kau buat,” kata Rogayah.

“Anak-anak mana? Macam mana boleh naik teksi seorang diri?” soal Aiman.

“Kalau tak tahu mana nak hantar, hantar lah pergi balai polis. Minta tolong hubungi keluarga,” ujar Vida.

“Hantar rumah saya, saya tak ada mak,” seloroh Shahrudin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI