fbpx
Peserta membuat aksi drift pada Malaysia Automotif Festival (Drag Day) 2025 di Kampung Mujur, Bachok semalam. Foto olehTOREK SULONG / KOSMO!

UMK bangunkan litar drag, drift pertama di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BACHOK – Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mencipta sejarah tersendiri apabila muncul sebagai institusi pengajian tinggi pertama di negeri ini yang membangunkan litar perlumbaan drag dan drift menerusi Pembangunan Automotif dan Ekstrem Sport Park di Kampung Mujur, di sini.

Program pembangunan itu menyediakan litar sebagai langkah awal ke arah menjadikan kawasan seluas lebih dua hektar yang sebelum ini merupakan bekas tapak pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sebagai lokasi kekal bagi aktiviti sukan permotoran di Kelantan.

Naib Canselor UMK, Datuk Profesor Dr. Arham Abdullah berkata, inisiatif berkenaan dilaksanakan oleh Koperasi UMK dengan kerjasama rakan strategik Drag Dolphin Club (DDC) sempena Malaysia Automotif Festival (Drag Day) 2025 yang diadakan bersempena Pesta Konvokesyen UMK ke-15, yang berakhir semalam.
Menurutnya, acara itu menerima sambutan luar biasa dengan penyertaan lebih 360 pemilik kereta dan motosikal dari Johor, Pulau Pinang dan Terengganu.

“Ini merupakan kali pertama satu litar drag dan drift yang lengkap dan selamat untuk aktiviti permotoran di Kelantan. Lebih 30,000 pengunjung hadir sepanjang tiga hari penganjuran acara tersebut.

“Kawasan litar itu sudah dimasukkan dalam pelan utama UMK untuk membangunkan pelbagai aktiviti permotoran dan lapangan akademik yang berkaitan,” katanya ketika ditemui di Malaysia Automotif Festival (Drag Day) 2025 di Kampung Mujur di sini semalam.

Arham memberitahu, selain itu, pembangunan taman sukan automotif bukan sahaja menyediakan ruang aktiviti kepada peminat sukan bermotor, malah membuka peluang keusahawanan kepada pelajar universiti dan komuniti setempat. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI