fbpx
- Anggota bomba dan polis mengangkat jasad mangsa yang ditemukan meninggal dunia di kebun durian miliknya di Kampung Sebiris, Lundu.

Temui ajal di kebun durian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LUNDU – Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia di kebun durian miliknya di Kampung Sebiris, di sini hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mayat mangsa berusia 56 tahun itu dijumpai oleh anak saudaranya pada pukul 12.30 tengah hari, yang kebetulan pergi ke kebun.

“Mangsa dijumpai dalam keadaan terbaring di kawasan kebunnya, yang terletak kira-kira lima kilometer dari rumahnya dan disahkan meninggal dunia. Menurut keterangan keluarga, mangsa tidak balik ke rumah sejak semalam,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu dan polis yang tiba di lokasi bertindak mengangkat mayat mangsa dan seterusnya dibawa ke Hospital Lundu untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN