fbpx
Gambar sebelum (kiri) dan selepas (kanan) karya seni itu dibersihkan dengan tisu di Muzium Seni Keelung. - Jam Press

Sukarelawan rajin bersihkan cermin kotor, rupanya karya seni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAIPEI  – Sebuah karya seni  memaparkan cermin kotor dipasang pada papan kayu, dibersihkan secara tidak sengaja oleh sukarelawan sebuah muzium di Taiwan, lapor akhbar Metro UK. 

Karya artis seni kelahiran Taiwan, Chen Sung-chih itu dipamerkan di Muzium Seni Keelung sebagai sebahagian daripada pameran ‘We Are Me’. 

Pameran tersebut menampilkan karya diperbuat daripada bahan binaan dan objek di dalam rumah. 

Menurut Muzium Seni Keelung, seorang sukarelawan menyangka karya seni itu adalah sebuah cermin kotor. 

Debu selama 40 tahun pada cermin itu dibersihkan dengan tisu tandas sebelum disedari oleh seorang kakitangan. 

Biro Kebudayaan dan Pelancongan Keelung tampil memohon maaf kepada Sung-chih dan akan memberikan pampasan untuk kerosakan yang berlaku. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN