PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka melanda beberapa kawasan di kepulauan Borneo sehingga pukul 1 tengah hari ini.
Menurut kenyataan MetMalaysia, amaran itu melibatkan beberapa daerah di Sabah, Sarawak dan seluruh Wilayah Persekutuan Labuan.
“Antara kawasan yang terkesan di Sabah ialah Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu (Tatau dan Bintulu) serta Miri (Subis dan Miri),” ujarnya.
Selain Itu, amaran yang sama turut melibatkan seluruh Wilayah Persekutuan Labuan.
“Sementara itu, di Sabah, kawasan yang terjejas termasuk Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan dan Kota Belud) serta Kudat (Kota Marudu dan Kudat),” ujarnya – KOSMO! ONLINE.














