fbpx
Muhammad Sufian maut akibat parah di kepala selepas motosikal yang dia tunggang terbabas sebelum merempuh penghadang besi di KM 196 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah selatan), Alor Gajah semalam. Foto IHSAN PDRM

Pemuda maut tak sempat makan angin di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR GAJAH – Hasrat seorang pemuda untuk makan angin di Johor tidak kesampaian apabila motosikal yang ditunggang terbabas sebelum merempuh penghadang besi di Kilometer 196 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah selatan), semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari itu, mangsa, Muhammad Sufian Khairul Anwar, 20, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Pemangku Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Superintendan Azrul Mohamed berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Johor Bahru.
“Ketika kejadian mangsa menunggang sendirian dan setiba di lokasi motosikal yang ditunggang mangsa telah hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan dan melanggar penghadang besi (guardrail).

“Akibat hentaman tersebut, mangsa telah mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, hasil soal siasat waris, mangsa dipercayai dalam perjalanan untuk makan angin di Johor Bahru.

Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI