fbpx
Tangkap layar video menunjukkan wanita itu membaling serbuk cili ke arah pekerja untuk merompak barang kemas. - X

Pekerja kedai emas tampar wanita cuba merompak 17 kali 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW DELHI – Polis India memburu seorang wanita yang cuba merompak sebuah kedai barang kemas dengan melemparkan serbuk cili ke wajah pekerja, lapor portal berita Gulf News. 

Kejadian berlaku di Ranip, negeri Gujarat baru-baru ini. 

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang disiarkan di platform X menunjukkan wanita terbabit memasuki kedai sebelum membaling serbuk cili ke arah pekerja yang bertugas. 

Serbuk itu bagaimanapun terlepas tidak mengenai matanya, menyebabkan dia segera menarik wanita itu lalu ditampar sebanyak 17 kali. 

Polis berkata, kedai tersebut enggan membuat laporan. 

“Wanita itu melarikan diri dari tempat kejadian sebelum polis tiba. Kami sedang mengenal pasti pelaku melalui rakaman CCTV,” kata polis. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI