fbpx
Lokasi seorang pesawah maut ditetak adik ipar di Kampung Pida 3, Jerlun minggu lalu.

Lelaki tetak abang ipar hingga putus kepala dituduh esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JITRA – Lelaki berusia 38 tahun yang bertindak menetak abang iparnya hingga putus kepala di Kampung Pida 3, Jerlun dekat sini minggu lalu akan dituduh di Mahkamah Majistret di sini, esok.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd. Radzi Abdul Rahim berkata, suspek akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Kosmo! sebelum ini melaporkan suspek bertindak menetak abang iparnya, Nasir Md. Nayan, 45, dengan menggunakan parang hingga putus kepala dalam kejadian kira-kira pukul 7.05 malam, 31 Oktober lalu. Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan diselaputi lumpur dengan kepala terpisah daripada badan.

Bahagian kepala dijumpai pada jarak kira-kira satu meter dari lokasi badan mangsa.

Suspek selepas kejadian didapati berada di dalam rumahnya dan ditahan polis selepas dipujuk selama kira-kira 15 minit dalam keadaan masih memegang parang.

Hasil ujian air kencing yang dilakukan ke atas suspek didapati negatif dadah, namun keluarga memaklumkan lelaki terbabit mengalami gangguan perasaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI