fbpx
Mesin pelombongan bitcoin yang dirampas polis dalam serbuan di Taman Lagenda di Teluk Intan, semalam. - Foto IHSAN PDRM

Lapan lelaki ditahan terlibat aktiviti perlombongan bitcoin di Teluk Intan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TELUK INTAN – Polis menahan lapan lelaki kerana disyaki terlibat dalam kegiatan perlombongan bitcoin di kawasan perumahan Taman Lagenda di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin berkata, tangkapan terhadap kesemua suspek warga tempatan itu dijalankan susulan serbuan di beberapa buah premis pada Rabu lalu.

Katanya, dalam serbuan pada pukul 11 malam itu, pihak polis merampas dua buah kenderaan jenis Toyota Hilux dan Mitsubishi Triton serta 40 unit mesin bitcoin yang dipercayai digunakan dalam kegiatan mencuri elektrik.

“Hasil soal siasat awal mendapati, kesemua suspek berusia antara 17 hingga 44 tahun itu mengaku terlibat dalam kegiatan berkenaan.

“Semakan lanjut mendapati lima daripada lapan suspek mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan pelbagai kesalahan manakala tiga lagi tidak mempunyai sebarang rekod,” katanya di sini, hari ini.

Terdahulu, Bakri dilaporkan berkata, polis merampas 66 unit mesin perlombongan bitcoin yang beroperasi secara haram dalam satu serbuan di kawasan perumahan di Taman Lagenda.

Hasil pemeriksaan Tenaga Nasional Berhad mengesahkan wujudnya penyambungan elektrik secara haram yang digunakan untuk mengendalikan mesin perlombongan mata wang digital itu di premis berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN