fbpx
Gambar hiasan

Laluan LRT Kelana Jaya kembali beroperasi seperti biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Rapid KL memaklumkan kerja-kerja menaik taraf sistem semboyan di Laluan LRT Kelana Jaya telah selesai sepenuhnya.

Rapid KL dalam kenyataan berkata, perkhidmatan bas perantara dan van Rapid On-Demand (ROD) percuma yang disediakan sepanjang tempoh penyelenggaraan kini telah ditamatkan.

“Perkhidmatan tren serta semua stesen yang terlibat kini kembali beroperasi seperti biasa. Kami memohon maaf atas kesulitan yang dialami dan mengucapkan terima kasih atas kesabaran para pengguna,” kata kenyataan itu.
Tambahnya, kerja-kerja menaik taraf itu sebelum ini dilaksanakan bagi meningkatkan kecekapan sistem operasi dan memastikan kelancaran perkhidmatan kepada pengguna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN