fbpx
Hasbollah (tiga dari kanan) menunjukkan sebahagian 352,800 batang rokok seludup yang dirampas pada sidang akbar di Pejabat Kastam Daerah Kemaman hari ini.

Kastam rampas 352,800 batang rokok seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMAMAN – Taktik licik penyeludup menggunakan kenderaan mewah bagi menyembunyikan kegiatan penyeludupan rokok berjaya dipatahkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JDKM) melibatkan rampasan lebih RM300,000 di Kampung Dusun Nyior, di sini, baru-baru ini.

Sebanyak 352,800 batang rokok putih pelbagai jenama disyaki diseludup tersebut ditemui di dalam sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Vellfire yang ditinggalkan di tepi jalan di lokasi berkenaan pada 6 Ogos lalu.

Pengarah Kastam Terengganu, Hasbollah Din, berkata, kenderaan mewah yang ditinggalkan di tepi jalan tersebut berjaya dikesan dengan maklumat awam.
“Pemeriksaan di dalam kenderaan terbabit menjumpai 352,800 batang rokok putih pelbagai jenama melibatkan rampasan termasuk duti dan cukai dianggarkan bernilai RM319,228.80.

“Siasatan awam juga mendapati kenderaan terbabit menggunakan nombor pendaftaran palsu,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Kastam Daerah Kemaman, di sini, hari ini.

Hasbollah berkata, pihaknya percaya rokok berkenaan dibawa masuk dari negara jiran untuk diedarkan bagi pasaran tempatan.

Beliau berkata, gerakan untuk mengesan dalang penyeludupan rokok berkenaan sedang giat dilakukan. Siasatan lanjut sedang dilakukan mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI