KUANTAN – Penduduk di beberapa kawasan di daerah ini dikejutkan dengan kejadian ribut kencang yang mengakibatkan kerosakan teruk melibatkan 40 buah rumah selain 13 kes pokok tumbang. Turut melalui pengalaman cemas ialah seorang warga emas, Fatimah Jamian, 76, apabila rumahnya di Taman Tanah Putih Baru di sini digegarkan dengan tiupan angin kencang ketika dia mahu menunaikan solat maghrib pada pukul 7 malam. Katanya, kejadian berlaku ketika hanya dia dan seorang cucu berada di rumah sebelum mereka dikejutkan dengan bunyi petir……














