fbpx
Fadhlina (dua dari kanan) meghadiri Majlis Makan Malam Alumni SMK Methodist Nibong Tebal, malam tadi. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN / KOSMO!

Ibu bapa diseru sokong KPM laksana dua agenda utama pendidikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Kementerian Pendidikan (KPM) menyeru semua pihak khususnya ibu bapa agar memberi sokongan dalam menjayakan dua agenda utama pendidikan negara iaitu Pelan Pendidikan Malaysia 2026-2035 dan Kurikulum Persekolahan 2027.

Menterinya, Fadhlina Sidek, berkata kedua-dua inisiatif itu menjadi antara tonggak utama usaha kementerian memperkukuh ekosistem pendidikan nasional, selaras dengan matlamat untuk melahirkan generasi berilmu, berakhlak dan berdaya saing.

“KPM kini sedang mengusahakan dua agenda utama iaitu Pelan Pembangunan Pendidikan baharu serta Kurikulum 2027 yang akan dimulakan di peringkat prasekolah pada tahun 2026. Usaha ini memberi kesan langsung terhadap sistem pendidikan negara dan memerlukan sokongan semua pihak.
“Kita juga perlu melihat bagaimana komuniti dapat bersama kementerian dalam memperkukuh pembentukan karakter dan sahsiah anak-anak,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Methodist Nibong Tebal di sini, malam tadi. Turut hadir ialah Pengetua SMK Methodist Nibong Tebal, Dr S. Sivasanggar.

Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata, KPM akan melaksanakan pembentukan karakter murid secara menyeluruh mulai 2026 melalui pendekatan bersepadu yang diintegrasikan dalam subjek sedia ada.

Katanya, pelaksanaan inisiatif itu akan bermula di peringkat prasekolah sebelum diperluas kepada murid Tahun Satu dan seterusnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN