fbpx
RIFDEAN

Dua juara dunia tidak ke Sukan SEA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUA jaguh muay thai negara, Mohammad Rifdean Masdor dan Ahmad Nor Iman Aliff Rakib sah tidak akan menyertai Sukan SEA Thailand bulan depan apabila dua juara dunia itu memberi tumpuan kepada komitmen utama bersama One Championship.

Presiden Persatuan Muay Thai Malaysia, Datuk Muhammad Shahnaz Azmi menjelaskan, fokus utama kedua-dua atlet itu terhadap kerjaya profesional di One Championship terutama bagi memperkukuh kedudukan dan memburu kontrak jangka panjang di pentas antarabangsa.

Keputusan itu tidak berpunca tekanan pihak luar, sebaliknya berdasarkan perancangan prestasi atlet serta hala tuju dalam karier masing-masing.

“Tiada sebarang konflik kepentingan. Fokus utama mereka memang di One Championship. Kalau Malaysia jadi tuan rumah Sukan SEA , kita akan minta mereka turun untuk negara, tetapi kali ini bukan.

“Jadi mereka akan fokus kepada aksi One Championship. Saingan di Sukan SEA Thailand bukan mudah dan kita akan beri yang terbaik untuk bawa pulang pingat buat negara,” katanya.

Tambahnya, Rifdean kini dalam fasa penting untuk memburu kontrak dan perlu mempamerkan aksi terbaik di kejohanan profesional yang sedang disertainya.

Dalam masa sama, senarai akhir atlet ke Sukan SEA hanya akan dimuktamadkan pada 30 November ini mengikut tarikh ditetapkan oleh Jawatankuasa Olimpik Thailand.

Menurut Shahnaz, tarikh itu memberikan ruang buat setiap negara membuat penggantian atlet sekiranya berlaku kecederaan atau perubahan berkaitan lain sebelum delegasi berlepas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN