JAKARTA – Seorang pengusaha muda di Makassar, wilayah Sulawesi Selatan mengundang perhatian ramai kerana memberikan anaknya kereta mewah Lamborghini sebagai hadiah ulang tahun yang ke-9, lapor portal berita Lambe Turah.
Majlis hari jadi itu berlangsung di Hotel Four Points semalam.
Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @lambeturah_official menunjukkan kanak-kanak itu menerima kereta Lamborghini yang dihiasi reben dan berpuluh-puluh belon.
Majlis itu bukan sahaja diadakan secara mewah, malah sarat dengan kehadiran tetamu.
Difahamkan, kanak-kanak bernama Qansa Alrifaat itu merupakan anak kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TRk Holding, H Najmuddin.
Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Saya umur 9 tahun diajak makan mi ayam,” kata seorang netizen.
“Jangan dengki, mereka tidak guna duit rakyat,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI














