fbpx
Mayat wanita ditemukan terapung di perairan Langkawi, hari ini. Foto APMM

Bot karam: Tujuh maut, semuanya migran perempuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LANGKAWI – Kesemua tujuh mayat yang dijumpai terapung di perairan ini merupakan migran perempuan yang terlibat dalam kejadian bot karam di Pulau Tarutao, Thailand.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, satu mayat ditemui semalam, manakala enam lagi termasuk mangsa kanak-kanak ditemui petang ini.

Kata beliau, operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) insiden bot yang dipercayai membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) karam di perairan sempadan Malaysia-Thailand diteruskan hari ini. “Dalam operasi hari ini hingga pukul 7 malam, sebanyak sembilan PATI terdiri daripada tiga mangsa masih hidup dan enam meninggal dunia ditemui di sekitar perairan Langkawi,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, sektor pencarian mangsa bot karam diperluaskan meliputi kawasan seluas 170 batu nautika persegi.

“Pangkalan Hadapan Carilamat turut ditubuhkan di Pejabat Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis.

“Orang ramai khususnya komuniti maritim seperti nelayan dan pengusaha bot pelancongan diminta melaporkan segera kepada pihak Maritim Malaysia dengan menghubungi talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia di talian 04-966 2750 sekiranya menemui sebarang petunjuk atau mangsa bot tersebut bagi tindakan menyelamat,” ujarnya.

Tambahnya, Op Carilamat ditangguhkan pada pukul 7 malam ini dan akan bersambung semula esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI