fbpx
Ball menunjukkan lokasi dia menjumpai warga Myanmar yang hanyut selepas bot mereka dipercayai karam.

Bot karam: Pelayar England selamatkan 4 migran hanyut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LANGKAWI – Seorang pelayar warga England yang sedang berlayar menuju ke Langkawi terkejut apabila menemui migran etnik Rohingya yang hanyut di perairan ini selepas bot dinaiki mereka didakwa karam.

Jason Ball yang berlayar bersama isterinya dari Phuket, Thailand menuju ke Langkawi berkata, mereka mendengar jeritan dari arah lautan sebaik sahaja mereka merentasi sempadan perairan Malaysia kira-kira pukul 11 malam tadi.

Katanya, dia kemudian meminta isterinya untuk mengambil lampu suluh kerana keadaan laut sangat gelap sebelum menemukan seorang lelaki dipercayai warga Myanmar sedang hanyut.

“Saya bawanya ke dalam kapal layar sebelum meneruskan perjalanan ke arah Langkawi dan menemui tiga lagi lelaki asing.

“Bot pihak berkuasa kemudian datang dan meminta kami memindahkan kesemua lelaki tersebut ke dalam bot mereka di situ juga,” katanya ketika ditemui di Jeti Harbour di sini hari ini.

Katanya, dia bagaimanapun meminta agar mereka tidak dipindahkan kerana mereka dalam keadaan yang sangat lemah dengan seorang daripada mereka terjatuh apabila cuba berdiri.

“Bot penguat kuasa kemudian mengikut kapal dari belakang sehinggalah tiba di kawasan marina,” ujarnya

Sementara itu, katanya, isterinya memberikan mereka pakaian, makanan serta minuman kerana mereka ditemui dalam keadaan tidak berpakaian.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN