fbpx
Gambar hiasan.

Bot karam: Enam mayat termasuk budak perempuan dijumpai terapung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LANGKAWI – Enam lagi mayat dipercayai migran yang terlibat dalam insiden bot karam dekat Pulau Tarutao, Thailand ditemui terapung di perairan Langkawi, petang ini.

Satu mayat kanak-kanak perempuan dijumpai oleh Bot Petir 81 pada pukul 5 petang tadi.

Seterusnya satu lagi mayat ditemui oleh bot Jabatan Perikanan pada pukul 6.24 petang, diikuti empat lagi mayat yang ditemukan oleh Kapal KM Siangin.

Kesemua mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Setakat ini, jumlah mangsa yang ditemui meninggal dunia adalah seramai tujuh orang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN