fbpx
Bung Moktar ketika mengumumkan senarai nama calon BN yang bakal bertanding pada PRN17 Sabah. -Foto oleh IVAN AMIRUL

BN Sabah umum 41 calon bertanding PRN17 Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

‎KOTA KINABALU – Barisan Nasional (BN) Sabah mengumumkan 41 calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah.

‎Semua calon diumumkan ‎oleh Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dalam majlis pengumuman di Bangunan UMNO pada Ahad.

‎Bagaimanapun, Bung Moktar memaklumkan pihaknya akan mengumumkan beberapa lagi nama calon dari semasa ke semasa.

‎Bung berkata barisan calon yang diumumkan akan membawa komitmen berterusan BN untuk memacu pembangunan Sabah bermula dengan membangunkan luar bandar dan infrastruktur, membuka peluang pekerjaan serta meningkatkan pendapatan rakyat selain memperkasa sistem pendidikan dan modal insan.

‎”la juga selari dalam semangat untuk terus menjamin kesaksamaan wilayah selaras dengan roh Perjanjian Malaysia 63 (MA63). Barisan calon majoritinya mempunyai ljazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah serta dua antaranya adalah doktor perubatan.

‎”Ini membuktikan bahawa calon-calon yang ditawarkan bukan sahaja berpengalaman tetapi berkualiti dari segi intelektual dan profesional malah mampu menerajui agenda ekonomi, teknologi serta pembangunan sosial negeri dengan lebih kompeten dan berwibawa,” katanya.

‎Antara calon yang diumumkan termasuklah Datuk Seri Bung Moktar Radin (Lamag), Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak (Usukan), Datuk Mohamad Alamin (Bongawan), Datuk Jafry Ariffin (Sukau), Datuk Seri Arthur Joseph Kurup (Sook) dan Datuk Nazri Abdulah (Lumadan). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI