fbpx
GAMBAR dari udara menunjukkan kemusnahan yang berlaku selepas puting beliung menghentam bandar Rio Bonito do Iguacu di negeri Parana, Brazil semalam. – AFP 

Bandar musnah dalam masa beberapa minit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BRASILIA – Puting beliung membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan lebih 750 yang lain apabila ia memusnahkan sebahagian besar sebuah bandar di selatan Brazil, kata pihak berkuasa semalam.

Beberapa pegawai berkata, puting beliung yang melanda petang kelmarin itu membalikkan kereta-kereta seperti mainan dan memusnahkan banyak bangunan di bandar Rio Bonito do Iguacu. Bandar di negeri Parana itu mempunyai kira-kira 14,000 penduduk.

Ribut kuat itu berlaku beberapa minit tetapi membawa pusaran angin pada kelajuan 250 kilometer sejam. Gambar dari udara menunjukkan sebahagian besar Rio Bonito musnah, dengan bangunan-bangunan rosak dan hancur, manakala serpihan berada di mana-mana.

Kelmarin penduduk yang trauma menyelongkar di celah-celah runtuhan rumah ketika cuba menyelamatkan barang milik mereka.

Pihak berkuasa berkata, 90 peratus bandar itu mengalami kerosakan.

“Puting beliung ini memusnahkan segala-galanya. Ia memusnahkan bandar, rumah dan sekolah. Apa yang akan terjadi kepada kami?,” kata penduduk tempatan, Roselei Dalcandon sambil berdiri di tepi timbunan runtuhan yang dahulu  adalah kedainya.

Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh, kata kerajaan negeri Parana. 

Anggota bomba dan kakitangan perubatan merawat 750 mangsa cedera, termasuk sembilan yang parah.

Seorang mangsa  hilang tetapi jumlah itu boleh meningkat ketika usaha menyelamat diteruskan.

Tahun lalu, selatan Brazil mengalami banjir teruk yang menyebabkan lebih 200 orang mati dan dua juta penduduk hilang  tempat tinggal di negeri Rio Grande do Sul. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI