fbpx
Antara 128 wanita GRO warga asing yang dicekup dalam Op Noda seluruh negara.

103 pub tanpa lesen diserbu, 398 individu tidak sempat lari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan berani segelintir pengusaha pusat hiburan yang beroperasi tanpa lesen memakan diri apabila premis mereka diserbu menyebabkan seramai 398 individu ditahan dalam Op Noda di seluruh negara pada kelmarin dan semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, sebanyak 118 biah premis diperiksa dan hasil pemeriksaan mendapati 103 daripadanya beroperasi tanpa lesen hiburan.

“Polis menahan seramai 398 individu terdiri daripada lima pemilik premis, tiga pengurus, 150 pekerja, 112 pelanggan serta 128 pelayan warga asing,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelasnya, mereka yang ditahan terdiri daripada 87 rakyat tempatan (76 lelaki dan 11 wanita) dan 311 warga asing (151 lelaki dan 160 wanita) berusia 19 hingga 55 tahun.

Polis merampas wang tunai dan peralatan dipercayai digunakan untuk kegiatan hiburan tanpa lesen.

Operasi itu dijalankan serentak melalui Bahagian D7 JSJ Bukit Aman dengan kerjasama JSJ negeri, pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 76 Akta Eksais, Seksyen 15(1)(c), Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63.

“Polis akan terus mempergiatkan operasi bagi memastikan semua pusat hiburan di negara ini mematuhi syarat lesen dan berdaftar dengan pihak berkuasa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN