MASIHKAH ada yang mahu peduli tentang Festival Filem Malaysia minggu lalu. Khalayak sudah cukup tahu, tahun ini, Babah, kisah bapa pekak membesarkan anak perempuan yang menghidap sejenis penyakit jarang berlaku, menang besar mengalah filem-filem lain yang gempak. Jika sudah bosan dan berasa tidak perlu tahu lebih lanjut, mari kita singkap selangkah ke depan tentang evolusi atau gerakan filem nasional kita. Tetapi sebelum pergi jauh sedikit, kalau ada terasa mahu mengulit semula cinta seperti zaman sekolah menengah pergilah seketika menjenguk Rangga……














