fbpx
Tertuduh dipenjara selama 37 tahun kerana menikam isterinya sebanyak 13 kali dengan pedang samurai. - KTLA

Wanita ambil nyawa ‘isteri’ dipenjara 37 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LOS ANGELES, CALIFORNIA – Seorang wanita di negeri California dihukum penjara selama 37 tahun kerana membunuh ‘isterinya’ menggunakan pedang samurai, lapor portal berita MailOnline. 

Weichien Huang, 45, disabit bersalah atas pertuduhan membunuh Chen Chen Fei dan cubaan membunuh ibu mangsa, Hsi Wei Huang pada 18 Julai tahun lepas. 

Tertuduh dilaporkan menikam mangsa sebanyak 13 kali di rumah mereka di San Dimas, bandar Los Angeles. Situasi itu didakwa tercetus apabila mereka bertengkar mengenai perceraian. 

Ibu mangsa bergegas ke bilik tidur selepas mendengar jeritan anaknya sebelum menyaksikan pembunuhan itu, lapor akhbar San Gabriel Tribune. 

Tertuduh sempat menetak ibu mangsa beberapa kali, namun dia melarikan diri bersama pedang samurai itu. 

“Saya tidak faham dengan kebencian apa yang menyebabkan anak saya dibunuh seperti itu,” kata ibu mangsa melalui panggilan video di Mahkamah Pomona, Taiwan baru-baru ini. 

Polis tiba di tempat kejadian sekitar pukul 3.30 petang (waktu tempatan) dan menemukan mangsa dalam keadaan tidak bernyawa di biliknya. 

Timbalan Peguam Daerah Los Angeles, Brittany Saleeby berkata, tertuduh cuba menamatkan riwayatnya bagi mengelak daripada bertanggungjawab atas perbuatannya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI