fbpx
Siti Sarah maut dalam kemalangan di Jalan Ulu Melaka, Kampung Padang Gaong, Langkawi malam tadi.

Siti Sarah maut elak lembu lintas jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LANGKAWI – Seorang peniaga tudung maut apabila motosikal yang dia tunggang hilang kawalan ketika cuba mengelak seekor lembu di Jalan Ulu Melaka, Kampung Padang Gaong di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.40 malam itu, Siti Sarah Hana Mohamad Subri, 23, beralamat di Kota Kuala Muda dekat sini meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Khairul Azhar Nuruddin berkata, siasatan di tempat kejadian mendapati kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Ulu Melaka menghala ke Ayer Hangat. Katanya, mangsa dipercayai hilang kawalan ketika cuba mengelak seekor lembu yang melintas dari bahu jalan sebelah kiri ke kanan jalan.

“Akibat kejadian itu, mangsa terjatuh dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala. Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Maliha untuk dibedah siasat,’ujarnya- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI