fbpx
QABIL Irfan cipta kejutan di Jerez apabila menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga di Jerez.

Qabil bangkit dari petak ke-17, julang podium di Jerez

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pelumba muda sensasi negara, Qabil Irfan Azlan membuktikan semangat juang tinggi apabila bangkit daripada petak ke-17 untuk menamatkan saingan di podium tempat ketiga Kejuaraan Superbike Sepanyol (ESBK) di Litar Jerez, Sepanyol, sebentar tadi.

Biarpun pada awalnya dilihat sukar untuk bersaing dengan kelompok hadapan, tindakan bijak Qabil memecut laju seawal di grid pelepasan menyaksikan beliau berjaya memintas seorang demi seorang pelumba dihadapannya.

Aksi tidak pernah putus asa membolehkan pelumba kelahiran Terengganu itu menempatkan dirinya dalam kelompok hadapan sebelum menamatkan saingan di podium ketiga selepas pertarungan sengit di selekoh terakhir.

“Pada perlumbaan tadi saya terus cuba mara ke depan dan pusingan pertama saya berjaya berada di kedudukan keenam dan cuba untuk mendahului, tapi tak sempat bina jurang. Jadi, saya kekalkan kedudukan saya.

QABIL Irfan tampil cemerlang di Jerez.

“Pada pusingan terakhir saya berada di tempat keempat dan cuba memotong pelumba di hadapan saya di selekoh terakhir dan berjaya melakukannya. Kalau tengok photo finish, memang sangat rapat,” kata Qabil sejurus tamat perlumbaan.

Qabil yang telah mengesahkan gelaran juara keseluruhan kategori ESBK Talent itu akan memulakan perlumbaan esok di petak ketiga dan berazam untuk tampil lebih agresif terutama mencipta kemenangan.

“Esok saya akan bermula di petak ketiga dan saya akan lakukan sehabis baik untuk cuba menang,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN