fbpx
Asep berucap semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Metro Jaya, Jakarta semalam. - Memo Indonesia

Polis kenal pasti 8 suspek sebar fitnah terhadap Jokowi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Polis Metropolitan Jakarta mengenal pasti lapan suspek yang didakwa menyebarkan fitnah mengenai ijazah palsu milik Presiden Indonesia ke-7, Joko Widodo (Jokowi), lapor portal berita Batam Times. 

Ketua Polis Metropolitan Jakarta, Inspektor Jeneral Asep Edi Suheri berkata, suspek didapati menyebarkan maklumat palsu dan sengaja mengelirukan orang ramai melalui analisis serta kaedah yang tidak logik. 

“Kesemua suspek termasuk Roy Suryo telah menyebarkan fitnah bahawa ijazah dimiliki Joko Widodo adalah palsu. Kaedah dan analisis yang digunakan mereka telah mengelirukan orang ramai. 

“Proses mengenal pasti suspek-suspek tersebut mengambil masa lama dan memerlukan kerjasama daripada beberapa pakar,” kata Asep semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Metro Jaya semalam. 

Penyiasat turut merampas 723 barang bukti termasuk dokumen asli Universiti Gadjah Mada (UGM) yang mengesahkan ijazah Jokowi adalah sahih. 

Tambah beliau, kelapan-lapan suspek itu akan dibahagikan kepada dua kluster berbeza. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN