fbpx
Anwar ketika berucap pada Majlis Peluncuran Masjid Madani Seberang Perai Tengah, hari ini. Foto oleh DANIAL SAAD/KOSMO!

PM tegas teruskan pimpinan walau ada rancangan ‘Turun Anwar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan yang beliau akan meneruskan perjuangannya dalam memimpin negara meskipun terdapat rancangan ‘Turun Anwar’ buat kali yang kedua.

Anwar berkata, beliau mengakui berlaku kelemahan sepanjang tiga tahun kepimpinannya namun ia tidak perlu dijadikan sebagai bahan cacian mahupun kritikan pihak pembangkang.

“Sekarang dah rancang nak buat perhimpunan ‘Turun Anwar’ lagi dan saya ulang sekali lagi… Buatlah… Tapi saya akan teruskan.

“Kalau ada kelemahan, memang ada. Apa? Dalam bawah pimpinan Anwar sebagai Perdana Menteri, tidak ada kelemahan. Tak betul. Ada kelemahan. Ada yang belum saya buat? Ya.

“Masih banyak yang saya belum lakukan. Tegurlah…kritiklah…nasihatlah. Tapi dengan cara tidak gila,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelucuran Masjid Madani Seberang Perai Tengah di sini, hari ini.

“Betul. Saya kata kalau kita menang, minyak kita turunkan. Saya ambil masa tu. Saya minta maafkan ambil masa panjang sekali. Kerana apa? Masa saya bercakap tu, hutang baru RM800 juta dan masa saya jadi Perdana Menteri, hutang dah RM1.5 trilion.

“Jadi, saya manfaatkan waktu ini untuk menjelaskan kerana ada orang kata mengapa jelaskan dalam forum begini. Di mana lagi kita nak terangkan? Di Permatang Pauh ini, ada sanak-saudara dan keluarga saya.

“Saya tidak mahu mereka dengar fitnah. Dan termakan dengan hasutan,” ujarnya.

Sebelum ini, polis menganggarkan seramai 18,000 orang menyertai Himpunan Turun Anwar di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, pada 26 Julai lalu.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan berkata, himpunan tersebut berlangsung dalam keadaan aman dan terkawal walaupun terdapat beberapa perkara teknikal yang tidak dipersetujui pada awalnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI