fbpx
Lokasi mayat penoreh getah ditemui di Kampung Seri Aman, Jeneri di Sik pagi ini.

Penoreh getah ditemui meninggal dunia bawah pokok rambutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SIK – Seorang penoreh getah berusia 65 tahun yang dipercayai mengalami masalah kemurungan sejak sebulan lalu ditemui meninggal dunia dalam keadaan tergantung pada pokok rambutan oleh isterinya di belakang rumahnya di Kampung Seri Aman, Jeneri di sini kira-kira pukul 11.30 pagi hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Safuan Md. Noor berkata, hasil pemeriksaan lanjut bersama pihak Hospital Sik mendapati terdapat jerutan tali pengikat kambing pada leher si mati.

“Semakan juga mendapati mangsa mempunyai rekod rawatan penyakit darah tinggi secara berkala dan setakat ini dipercayai tiada unsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan kejadian tersebut,” katanya di sini hari ini.

Safuan berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sik untuk proses bedah siasat dan kes buat masa ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN