fbpx
Seorang pengawal peribadi maut apabila motosikal yang dia tunggang terbabas nahas di kilometer 236, Lebuh Raya Utara Selatan (arah Selatan) pagi tadi

Pengawal peribadi maut motosikal terbabas langgar lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

REMBAU – Seorang pengawal peribadi berusia 23 tahun maut apabila motosikal yang dia tunggang terbabas di kilometer 236, Lebuh Raya Utara Selatan (arah Selatan) di sini  kira-kira pukul 9.40 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Rembau, Superintendan Hasani Hussain berkata, lelaki yang beralamat di Jalan Ipoh Batu 5, Kuala Lumpur itu meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

“Kemalangan membabitkan lori dipandu seorang lelaki berusia 34 tahun dan motosikal jenis Yamaha NVX yang kedua-duanya datang dari arah Senawang menghala ke Ayer Keroh. Apabila sampai di lokasi kemalangan, penunggang motosikal telah hilang kawalan lalu melanggar bahagian belakang lori di lorong kiri,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hasani berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Rembau bagi proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI