fbpx
Rangka manusia ditemui di lereng bukit Kilometer 24.5 Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) arah utara.

Penemuan rangka manusia di Lebuh Raya Lekas disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NILAI – Polis masih menjalankan siasatan berhubung penemuan disyaki rangka manusia di lereng bukit Kilometer 24.5 Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) arah utara di sini, yang ditemui pekerja pembersihan lebuhraya pada 1 November lalu.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hashim berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 11.35 pagi keesokkan harinya daripada pekerja lelaki warga asing terbabit yang menemui rangka tidak sempurna di lokasi berkenaan.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati terdapat beberapa tulang dalam keadaan berkelompok yang dipercayai manusia.

“Tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai dan identiti mangsa masih belum dapat dikenal pasti,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, hasil pemeriksaan lanjut di kawasan kejadian tidak menemukan sebarang unsur jenayah.

Menurut Abdul Malik, setakat ini tiada sebarang petunjuk lagi setelah bahan kes dihantar ke forensik, dan polis meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai maklumat berhubung kejadian supaya tampil membantu siasatan.

Maklumat boleh disalurkan ke Balai Polis Mantin di talian 06-7581222 atau menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Mohd Syafiq Azmy di talian 018-2247743.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN