fbpx
Polis sedang mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang sejak 5 November lalu di Pangsapuri Petaling Perdana, di sini.

Nur Dania Raudhah hilang sejak Rabu lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Polis sedang mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang sejak 5 November lalu di Pangsapuri Petaling Perdana, di sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, pihaknya menerima laporan pada kira-kira pukul 11.15 pagi Rabu lalu.

“Nur Dania Raudhah Abdul Karim, dilaporkan kali terakhir dilihat berada di rumahnya di Pangsapuri Petaling Perdana pada pukul 9 pagi Rabu. “Orang hilang berusia 14 tahun dengan ketinggian kira-kira 162 sentimeter dan berat badan 43 kilogram. Mangsa berkulit kuning langsat serta memiliki rambut panjang,” katanya dalam kenyataan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-7966 2222, atau terus menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Mohd Azman Ayob di talian 012-223 7272. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI