fbpx
Nanta Linggi (tengah) pada sidang akhbar di Jalan Balik Pulau-Teluk Bahang, hari ini. - Foto oleh SAFINA RAMLI

Monsun Timur Laut: KKR pantau 2,000 cerun berisiko tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BALIK PULAU – Sebanyak 2,000 cerun berisiko tinggi di seluruh negara kini berada dalam pemantauan rapi Kementerian Kerja Raya (KKR) berikutan permulaan musim Monsun Timur Laut yang dijangka membawa hujan lebat dan berpanjangan.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, semua cerun telah dinilai tahap risikonya mengikut tahap keseriusan bagi menentukan keutamaan tindakan sama ada kerja mitigasi segera atau pemantauan berterusan.

“Daripada lebih 27,000 cerun, sebanyak 2,000 dikenal pasti dalam kategori risiko tinggi dan sentiasa dipantau. Kita sudah tahu lokasi-lokasi cerun ini serta tahap seriusnya,” katanya selepas mengadakan lawatan tapak di projek pembaikan cerun di laluan FT006 Seksyen 40.84 Jalan Balik Pulau-Teluk Bahang di sini, hari ini.

Alexander berkata, pemantauan dilakukan secara berterusan melalui pusat kawalan bencana JKR iaitu BiGBen yang berfungsi sebagai bilik gerakan bencana untuk memantau keadaan cerun, banjir dan segala insiden berkaitan di seluruh negara.

Kata beliau, selain data cerun sedia ada, KKR turut menggunakan 73 stesen tolok hujan di seluruh negara bagi memberi amaran awal jika berlaku hujan luar biasa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN