fbpx
NORRIS (depan) dan Piastri mendapat kebenaran McLaren untuk bersaing secara kompetitif merebut gelaran dunia F1 musim ini. - AFP

McLaren tak amal konsep ‘baling syiling’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SAO PAULO – Ketua pasukan McLaren, Zak Brown menegaskan beliau tidak mengutamakan mana-mana pelumbanya sama ada Lando Norris atau Oscar Piastri dalam perebutan gelaran juara dunia Formula Satu (F1) musim ini.

Kemenangan Norris di Grand Prix (GP) Mexico baru-baru ini menyaksikan dia merampas kedudukan pendahulu dengan kelebihan satu mata ke atas Piastri. selain berjaya menamatkan lima perlumbaan berturut-turut di hadapan pelumba Australia itu sejak awal September lalu.

Juara bertahan, Max Verstappen dari Red Bull kini 36 mata di belakang Norris selepas berjaya merapatkan jurang daripada 104 mata pada Ogos lalu, sementara kedua-dua pelumba McLaren itu saling memotong mata antara satu sama lain.

McLaren sudah pun mengesahkan kejuaraan pengeluar tahun kedua berturut-turut, namun kali terakhir mereka merangkul dua gelaran serentak dalam semusim adalah pada 1998.

“Kami mempunyai dua pemandu yang sama-sama berhak mengejar gelaran dunia. Kami bermain secara menyerang, bukan bertahan.

“Mana mungkin kami terpaksa baling syiling untuk tentukan siapa akan jadi juara tahun ini. Itu bukan cara kami berlumba,” jelasnya.

Sementara itu, Norris mendedahkan mentaliti, pendekatan kerja dan persediaan sebelum perlumbaan turut memainkan peranan penting dalam peningkatan prestasinya.

“Walaupun saya bukan memenangi kesemua perlumbaan terakhir, saya sentiasa berada dalam kelompok teratas dan mengutip mata secara berterusan. Konsistensi itulah yang memberikan lonjakan terbesar sejak kebelakangan ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI