fbpx
Tangkap layar kejadian kelar di Metro Pudu pada Rabu lalu.

Lelaki cedera dikelar pisau cuba lerai pergaduhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berusia 21 tahun cedera selepas dikelar dengan pisau ketika cuba meleraikan salah faham antara seorang suspek dan rakannya dalam satu kejadian samun di Metro Pudu, pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, mangsa yang merupakan lelaki tempatan mengalami kecederaan pada bahagian kepala, muka dan tangan akibat kelaran pisau.

“Suspek turut melarikan barangan milik rakan mangsa dalam kejadian tersebut.

“Empat lelaki berusia lingkungan 16 hingga 23 tahun telah ditangkap bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, permohonan reman ke atas keempat-empat suspek di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah telah dibenarkan selama tujuh hari bermula Khamis lalu hingga 12 November 2025.

Katanya, kes disiasat dibawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN