fbpx
GAMBAR HIASAN

JPWPKL beri kerjasama siasatan kes murid lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga seorang murid yang meninggal dunia akibat lemas ketika menyertai sebuah program luar anjuran sekolah, di ibu negara, Rabu lalu.

JPWPKL dalam kenyataan berkata, bantuan awal serta sokongan telah disalurkan kepada keluarga mangsa.

“Kes ini kini dalam siasatan pihak polis dan JPWPKL memberi kerjasama penuh terhadap siasatan yang dijalankan. Pada masa sama, siasatan dalaman turut dibuat bagi meneliti aspek pematuhan prosedur operasi standard penganjuran program,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, pasukan kaunselor serta Guru Bimbingan dan Kaunseling juga telah digerakkan bagi memberikan intervensi sokongan psikososial kepada murid, guru dan seluruh warga sekolah terlibat.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang ­murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) menghembuskan nafas terakhir selepas dua hari bertarung nyawa akibat lemas di sebuah kolam renang di Sungai Besi, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi Rabu lalu itu, murid ­lelaki beruisa 11 tahun berkenaan sedang mengikuti Program Sokongan Keyakinan Air di Kompleks Sukan Desa Tasik.

Difahamkan, guru sekolah memaklumkan kejadian itu kepada ibu mangsa yang kemudian bergegas ke lokasi kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI