PASIR PUTEH – Keindahan air terjun Jeram Pasu yang suatu ketika dahulu terkenal sebagai lokasi popular di Kelantan kini semakin sepi apabila kawasan tersebut terbiar tanpa penyelenggaraan rapi sejak beberapa tahun lalu. Seorang pengunjung, Azimah Zakaria, 30, berkata, jambatan merentasi anak sungai di kawasan itu rosak teruk sehingga membahayakan keselamatan pengguna. Menurutnya, keadaan surau pula kotor dan dipenuhi najis kelawar, sekali gus sudah tidak sesuai untuk dijadikan tempat solat. “Tandas awam sumbangan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) juga terbiar……














