fbpx
Gambar hiasan.

Hujan lebat, ribut petir melanda empat negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan empat negeri sehingga pukul 3 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak dilanda cuaca buruk.

“Antara kawasan yang dijangka terjejas ialah seluruh negeri Perlis manakala, Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah.

“Hujan turut diramal berterusan berlaku di seluruh negeri Pulau Pinang manakala Kerian dan Larut, Matang Dan Selama di Perak turut terjejas,” ujarnya.

Orang ramai dinasihatkan agar terus mengikuti perkembangan terkini cuaca melalui saluran rasmi mereka bagi memastikan sebarang perubahan keadaan cuaca dapat diambil perhatian segera. –KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN