PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramalkan di beberapa negeri sehingga pukul 10 pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, cuaca buruk dijangka di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.
Kata MetMalaysia, kawasan terlibat termasuk seluruh negeri Perlis manakala Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang dan Kuala Muda di Kedah.
“Bagi Pulau Pinang, cuaca buruk diramalkan di seluruh negeri manakala di Perak pula adalah Kerian,” kata MetMalaysia hari ini. –KOSMO! ONLINE














