SETIAP majlis resepsi Fattah Amin dan Amira Othman pasti ada sahaja kejutan disajikan kepada peminat.
Antaranya, Fattah mempamerkan skil silatnya di hadapan isteri tercinta pada majlis persandingan di ibu negara baru-baru ini.
Dengan memakai persalinan songket rona merah jambu, gaya Fattah ketika bersilat persis pahlawan Melayu. Tampak gagah dan langkahnya kemas.
Rata-rata tetamu terpukau dan memuji aksinya yang turut menumpaskan beberapa pesilat lain.
“Inilah Pendekar Awang yang berjaya tambat hati Amira.
“Segak betul Fattah bersilat dengan berbaju pengantin, tunjuk skil depan bini,” komen peminat.
Fattah memang handal bersila sejak di bangku sekolah, dia bahkan pernah mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam pertandingan peringkat kebangsaan. Jika sebelum ini Amira mungkin tengok aksi Fattah dalam filem, sekarang benda dah depan mata. Bertuah sungguh Amira.














