fbpx
Reaksi De Ligt selepas menjaringkan gol penyamaan buat United sebentar tadi. - Foto ihsan Reuters

EPL: Manchester United bangkit ‘jerat’ Tottenham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Manchester United mempamerkan kebangkitan dramatik untuk mengikat Tottenham Hotspur dengan keputusan seri 2-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) sebentar tadi.

Pada perlawanan itu, The Red Devils kendalian Ruben Amorim membariskan kesebelasan terbaik dengan Bryan Mbeumo, Matheus Cunha dan Amad Diallo mengetuai jentera serangan.

United selaku pasukan pelawat bermula garang apabila Mbeumo meledak gol selepas menyudahkan hantaran Diallo pada minit ke-32.

Bersambung pada babak kedua, pengendali Spurs, Thomas Frank membuat rombakan awal dalam kesebelasan utama dengan memasukkan Destiny Udogie dan Wilson Odobert.

Perubahan taktikal itu menyaksikan tuan rumah berjaya mendominasi perlawanan dengan mencipta beberapa peluang keemasan untuk menyamakan kedudukan.

Jaringan yang dicari akhirnya tiba pada minit ke-82 hasil penyudah Mathys Tel sebelum Richarlison menjaringkan gol kedua pada minit ke-90.

Namun, United enggan mengibarkan bendera putih terlalu awal apabila barisan pemain mengasak sehingga wisel penamat dan berjaya mencuri satu mata berharga hasil tandukan Mathys De Ligt.

Keputusan tersebut menyaksikan kedua-dua pasukan kini mengumpul 18 mata dengan United belum tewas dalam aksi domestik sejak 27 September. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN