JAKARTA – Seorang warga emas berusia 110 tahun di Indonesia mengundang perhatian ramai apabila melangsungkan perkahwinan dengan seorang gadis berumur 27 tahun, lapor portal berita Lambe Turah.
Perbezaan usia kira-kira 83 tahun itu tidak menghalang pasangan dari Sinjani, wilayah Sulawesi Selatan itu untuk mendirikan rumah tangga.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan pengantin lelaki melafazkan akad nikah di hadapan tok kadi.
Majlis perkahwinan berlangsung secara sederhana, bahkan pasangan pengantin hanya memakai pakaian biasa.
Klip video itu mencatatkan lebih 73,000 tontonan di platform media sosial dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Jodoh tidak mengenal usia,” kata seorang netizen.
“Saya ingat saya tak laku, rupanya terlalu pandang rupa,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI














