LONDON – Bumbung sebuah bas tercabut selepas kenderaan itu merempuh sebuah jambatan kereta api di Greater Manchester, Britain, lapor portal berita Manchester Evening News.
Bas Bee Network yang dikendalikan oleh syarikat Go North West itu melanggar jambatan di Weston Street, Bolton sekitar pukul 7.45 malam (waktu tempatan) semalam.
Tiada penumpang di dalam bas tersebut semasa kejadian, manakala pemandunya hanya mengalami cedera ringan.
Jambatan setinggi 3.7 meter itu dilaporkan mempunyai papan tanda bertulis ‘Jambatan Rendah’.
Menurut Pengangkutan untuk Greater Manchester (TfGM), bas itu dalam perjalanan pulang ke depoh semasa kejadian. – AGENSI














