fbpx
Amirudin ketika merasmikan Karnival Ban Canal 2025 di Sabak Bernam. FOTO/AFIQ RAZALI/KOSMO!

Ban Canal pacu ekonomi, tarik pelancong antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SABAK BERNAM – Karnival Ban Canal yang menjadi ‘permata baharu’ pelancongan Selangor akan diteruskan sebagai acara tahunan dalam mempromosikan agro pelancongan daerah ini ke peringkat antarabangsa serta pemangkin ekonomi penduduk.

Acara itu diiktiraf sebagai ‘Best Tourism Event’ pada Majlis Anugerah Industri Pelancongan 2025 Malaysia International Tourism Development Association (MITDA), sekali gus menambah kredibiliti pelancongan negeri.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Sabak Bernam mempunyai potensi besar untuk pembangunan pelancongan berasaskan desa dan pertanian, dengan alam semula jadi sebagai tarikan utama.

“Sabak Bernam merupakan lokasi paling utara negeri ini dan tidak terlepas daripada perhatian kerajaan. Salah satunya melalui Kawasan Pembangunan Sabak Bernam (SABDA),”katanya ketika berucap merasmikan Karnival Ban Canal 2025, hari ini.

Karnival tiga hari bermula semalam tersebut bertemakan ‘Alam, Budaya, Lestari’, dianjurkan oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) dan SABDA dengan sasaran 20,000 pengunjung.

Tahun lalu, ia menerima 19,182 pengunjung dan jualan usahawan Platform Selangor (Plats) melebihi RM50,000.

Amirudin berkata, menerusi Belanjawan 2026 (Selangor) akan diumumkan beberapa projek pemangkin pembangunan di Sabak Bernam.

Tambahnya, pembangunan itu akan mengekalkan aktiviti pertanian penduduk sambil memberi nilai tambah bagi meningkatkan potensi ekonomi setempat.

“Antaranya projek perumahan rakyat di Air Manis, sambil mengekalkan aktiviti pertanian yang sedia ada.

“Bagi yang memerlukan naik taraf, seperti tempat pendaratan ikan di Sekinchan dan sistem sokongan pertanian, nilai tambah akan diberikan khususnya dalam kawasan SABDA,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI