fbpx
Banjir di Kampung Pasir, Tampoi akibat ban pecah di pintu air utama Sungai Skudai, Johor Bahru - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI

100 rumah di Kampung Pasir, Tampoi ditenggelami air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Lebih 100 rumah di Kampung Pasir, Tampoi di sini ditenggelami air selepas pintu air utama Sungai Skudai pecah akibat tekanan air pasang besar sejak semalam.

Kejadian kira-kira pukul 3.30 pagi itu menyebabkan paras air naik setinggi 3.6 meter dalam tempoh singkat, memaksa penduduk termasuk warga emas dan golongan orang kurang upaya (OKU) berpindah ke kawasan lebih selamat.

Penduduk, Noraini Kasim, 38, berkata, air mula melimpah masuk ke dalam rumah sehingga dapur dan bilik tidur dipenuhi air.

“Peti ais saja yang tak sempat nak selamatkan, berat sangat. Ini pun dah lima bulan saya duduk sini jaga arwah mak yang baru meninggal. Tahun lepas masa Ramadan pun banjir, tapi kali ini paling teruk,” katanya kepada pemberita hari ini.

Pegawai Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Pulai, Azmi Misni berkata, pihaknya sedang menyelaras bantuan segera kepada keluarga terjejas sambil memantau keadaan paras air yang masih tinggi.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN