fbpx
Tangkap layar video parodi warga SMK Tasek Utara 2 oleh beberapa warganya menggunakan lagu Hindustan bertajuk Kaho Naa Pyaar Hai.

[VIDEO] ‘Guru besar ke? Nampak besar sangat ‘kabel’ dia guna…’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Populariti Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tasek Utara 2, Johor Bahru tiba-tiba melonjak selepas menghasilkan ‘karya’ parodi lagu Hindustan bertajuk Kaho Naa Pyaar Hai.

Berbekalkan keyakinan setiap warganya, aksi lucu dan bersahaja para guru mencuri perhatian ramai pengguna media sosial.

Namun yang paling ‘menyerlah’ bukanlah heroin atau penari latar, sebaliknya seorang kakitangan lelaki yang diberi watak utama sebagai hero parodi (Hrithik Roshan).

Lebih menggelikan hati, ada yang berseloroh kononnya lelaki berkenaan memperoleh watak utama disebabkan menggunakan ‘kabel’.

“Guru besar ke tu? Brek depan macam tak cengkam tu,” kata @Yukh.

“Pak cik tu guru besar ke? Sebab nampak besar sangat kabel dia guna untuk pegang watak hero tu,” seloroh @Putera.

“Tolong ya, kalau nak ambil hero pastikan nafas cukup,” ujar @NizamToha.

“Petik jari pun macam seksa tengok,” komen @Norishaififfin.

“Risau cikgu balik sekolah, kain baju dah siap duduk luar rumah cikgu,” tambah @Moktanmerah. – KOSMO! ONLINE

@smktasekutara2jb PARODY BOLLYWOOD : BIDANG SAINS SOSIAL 🤩🥳 #Bollywood #parody #tasekkumaruahsuakasetia ♬ original sound – SMK TASEK UTARA 2

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI