fbpx
Mohd. Anis (dua dari kiri) semasa merasmikan Program Let's Do I.T 2025 di Masjid Jamek As-Salam, Pengkalan Chepa dekat Kota Bharu hari ini.

29 masjid di Kelantan dapat lima bintang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) tidak pernah menerima sebarang aduan berkaitan penipuan yang menggunakan masjid di negeri ini untuk mengutip derma.

Timbalan Yang Dipertuanya, Datuk Mohd. Anis Hussien berkata, beliau tidak menolak kemungkinan wujud usaha ke arah itu ada kerana sindiket penipuan sentiasa mencari ruang untuk mengambil kesempatan.

“Setakat saya bertugas di Maik, saya belum pernah terima kes penipuan guna nama masjid untuk mengutip derma dan sebagainya. “Maik sentiasa mendidik masyarakat menerusi program kesedaran supaya tidak mudah terpengaruh dengan ‘scammer’ ini,” katanya selepas merasmikan Program Let’s Do I.T 2025 di Masjid Jamek As-Salam, Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Mohd. Anis berkata, program kesedaran melibatkan kes penipuan menjadi sebahagian daripada khidmat sosial Maik kepada masyarakat di negeri ini.

Dalam perkembangan lain, Mohd. Anis berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan masjid yang gagal mengekalkan tahap kebersihan terutamanya di bahagian tandas dan kawasan persekitaran.

Katanya, hasil penilaian terkini yang dijalankan pada Julai lalu mendapati, tahap kebersihan masjid di negeri ini semakin meningkat.

“Sebanyak 29 masjid berjaya meraih penarafan lima bintang dan jumlah masjid di bawah tiga bintang semakin berkurangan berbanding tahun sebelumnya,” katanya yang memberitahu penarafan dibuat berdasarkan beberapa aspek termasuk kebersihan tandas, kawasan luar dan dalam masjid. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN