fbpx
Sebahagian lambakan anak ikan keli yang dibuang di dalam longkang belakang kedai makan Siti Noraihan di Kampung Limbong, Dungun semalam

[VIDEO] Siapa buang lambakan anak keli belakang kedai makan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUNGUN – Seorang peniaga kedai makan kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak yang membuang lambakan bangkai anak ikan keli di dalam longkang di belakang premis perniagaannya di Kampung Limbong, Paka, di sini semalam.

Siti Noraihan Roslan, 34, mendakwa, dia terkejut melihat ratusan anak ikan keli yang telah mati terapung di dalam longkang berkenaan pada pukul 10.15 pagi.

“Saya yang ke belakang kedai untuk mencari anak kucing terperanjat melihat
banyak bangkai anak ikan keli di dalam longkang.

“Ia tidak pernah berlaku sebelum ini dan saya masih tertanya-tanya apa motif membuang di belakang kedai saya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Siti Noraihan berkata, lambakan anak ikan keli itu sudah mula mengeluarkan bau busuk ekoran longkang tersebut tidak mempunyai saluran keluar.

Katanya, ia seakan-akan tindakan sabotaj yang dikhuatiri akan menjejaskan perniagaan kedai makannya.

“Saya telah memohon jasa baik Majlis Perbandaran Dungun untuk membuat pemeriksaan dan membersihkan kawasan tersebut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN