fbpx
Tangkap layar permohonan maaf daripada pempengaruh selepas tular rakaman siaran langsung berbaur lucah di media sosial yang dikecam ramai.

‘Saya minta maaf, saya hanya terikut-ikut komen netizen’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pempengaruh lelaki yang tular selepas membuat siaran langsung berbaur lucah terhadap seorang wanita warga Russia tampil memohon maaf secara terbuka.

Menerusi hantaran di Instagram, lelaki berkenaan mengakui kesilapannya dan menegaskan bahawa dia tidak berniat untuk mengganggu privasi atau menjatuhkan maruah sesiapa.

“Saya memohon seribu kemaafan semua yang menonton video saya malam tadi. Saya terikut terbaca komen-komen netizen yang minta macam-macam.

“Siapa nak komen atau kecam, saya terima. Cuma, isteri saya ketawa dalam video itu bukan kerana isu tersebut, tapi hal lain,” ujarnya.

Untuk rekod, pempengaruh lelaki tersebut membuat siaran langsung bersembang lucah dengan pengikutnya merakam wajah wanita itu tanpa kebenaran ketika makan di sebuah premis.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan wanita warga Russia itu telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi atas tindakan semberono pempengaruh lelaki berkenaan.

Menjengah ke ruang komen, ramai yang masih berang dengan permohonan maaf yang dianggap tidak ikhlas itu.

“Lelaki itu bukan saja buat komen lucah kepada perempuan itu, siap bersiul. Memang menakutkan dan menggelikan,” komen @Editndelete

“Perempuan itu buat hal sendiri sahaja, tapi kau pergi baca komen lucah orang dan biarkan sebab anggap perkara itu normal,” kata Iznie.

“Isteri dia pula jadi penyokong perangai suami. Geli dengan perangai tidak senonoh begini,” komen @Sadiehally –KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN